Assalammualaikum.. Harini 19.12.12 ialah hari yang mengerunkan untuk batch 97' Ada yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena sebab kerisauan sudah makin memuncak dalam diri. Adik-adik, katsini ada secebis nasihat untuk adik-adik. Moga bermanfaat untuk kita semua lah ya ^^
Setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang diusahakan, dan apabila berjaya.. Ramai sekali orang menyangka kejayaan yang diperolehi itu adalah semata-mata kerana usaha dirinya sendiri. Memang betul, dan betapa ramai juga yang sudah berusaha bersungguh-sungguh namun natijahnya, dirinya berhadapan dengan kegagalan. Dan mulalah jiwanya berbisik, ALLAh tidak pernah memberi pertolongan.
Aneh. Bila berjaya, ia mengatakan itu kerana hasil usahanya semata-mata. Bila gagal, baru ia ingin merasa akan pertolongan ALLAh. Sedangkan, ALLAh itu ada setiap masa!
Yakin dengan pertolongan Allah swt.
Kuncinya : Mereka yakin dengan pertolongan ALLAH setelah berusaha!
Maka begitulah jua sepatutnya kita pada hari ini. Merasakan bahawa segala usaha dan kesungguhan yang kita lakukan akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH yang Maha Berkuasa. Yakin akan kekuasaan ALLAH. Lantaran itu, harus dididik jiwa ini dengan pengharapan yang sungguh-sungguh pada pertolongan dan bantuan daripadaNya dengan melakukan ibadat dan berdoa sesuai dengan apa yang dipinta.
Berharap kepada ALLAH, Hati Akan Tenang.
Orang-orang yang memiliki keyakinan dengan akan mendapat bimbingan dan kecemerlangan diri dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. InshaALLAH, orang-orang begini ialah seseorang yang tenang dalam langkahnya, tetapi cerdas dan bersemangat kerana segala yang dilakukan itu bersama-sama dengan taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT.
Hanya orang-orang yang sangat yakin dan penuh berharap dengan pertolongan ALLAH yang dapat merasakan bahawa bantuan dan pertolongan daripada ALLAH itu akan memudahkan segala kesulitan mereka. Dalam jiwa mereka, inshaALLAH, ALLAH menguatkan nalurinya bahawa pertolongan ALLAH itu akan tiba dan telah tiba.
Keyakinan itu Adalah Benteng.
Keyakinan yang mantap kepada ALLAH akan menyebabkan anda tidak mudah terpengaruh oleh sebarang kesulitan hidup yang ditakdirkan untuk anda. Anda tidak mudah merasa gusar akan kegagalan, malah kegagalan itu menjadi pendorong semangat kepada anda untuk menikmati kejayaan.
Segala tindakan membuat keputusan juga disertai dengan hati yang tenang dan fikiran yang lapang kerana jiwa dan fikiran anda diberikan ketenangan oleh ALLAH.
Bagaimana nak merasa ketenangan itu?
ALLAH akan memberi ketenangan kepada jiwa anda jika anda seorang yang sentiasa mengingati-NYA dan yakin dengan-NYA. ALLAH suka kepada sesiapa sahaja yang bergantung harap dan bertawakkal kepada-NYA, SETELAH melakukan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh!
Perhatian, pertolongan ALLAH itu, InshaALLAH akan sampai kepada mereka yang diingini-NYA setelah anda berusaha bersungguh-sungguh. Adapun kegagalan anda, itu tidak bermakna pertolongan ALLAH tidak sampai. Tetapi ALLAH sudah tahu apa natijah sebelum dan selepas kejayaanmu. Maka, berdoalah wahai sahabat.
No comments:
Post a Comment