"Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." [Al Maidah:56].

Sunday, December 23, 2012

Wahai wanita...






re-post...

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.


BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.


BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur"

renung2kan dan selamat beramal.. =)

Saturday, December 22, 2012

Muhasabah dan azam tahun baru




Asalamualaikum... Hari ni dah masuk  22hb Desember 2012 bersamaan dengan 9 safar tahun 1434 Hijriah... Berlalu la satu tarikh yg menjadi topik bualan hangat samaada di dada2 akhbar, laman muka buka mahupun di twitter yang tarikh tersebut dikaitkan dengan pengakhiran kepada kehidupan di alam semesta ini iaitu Hari Kiamat.. 

            Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya mempercayai khabar angin tersebut kerana dikhuatiri boleh terpesong akidah kita. No no no.. Nabi kita pun tidak tahu bila akan berlakunya kiamat inikan pula kita manusia biasa.. =) Oleh itu adalah tugas kita untuk mempersiapkan diri dengan amal ibadah, moga2 diberatkan timbangan amalan kebaikan kita ditimbangan Al-Mizan akhirat kelak.. InsyaAllah..






TERKENANG KEMBALI...

Sedar tak sedar usia dah pun menginjak ke tahun 2013 Masihi. Begitu pantas 2012 menghilangkan diri. Rasa macam baru semalam je ia bertandang. Belum sempat bersila da diminta untuk pergi.. Macam tu la taksirannya. Cepat sungguh rasa masa tu pergi. Begitu cepat tumbesaran diri ini.. tup2, hari ini saya kian dewasa.. Tiada lagi gelak ketawa kanak2 kecil yang bernama saya.. Yang ada hanyalah senyuman mesra menunjukkan sang saya kian dewasa.. =) Berbunga2 ayat.. hehe..
Dalam saya cuba menoleh, melihat kesan-kesan yang sempat ditinggalkan sepanjang tahun yang telah berlalu, tiba-tiba terserempak dengan beberapa ungkapan yang diwariskan oleh Imam Ibn al-Jauziy rahimahullah. Katanya:

“Sesungguhnya telah bertaubat dengan usahaku di majlis-majlis tazkirah lebih daripada 200,000 orang.
Telah memeluk Islam dengan sebab dakwahku lebih daripada 200 orang.
Berapa banyak mata orang yang sombong bongkak mengalirkan air mata dengan mendengar nasihatku, yang sebelumnya tidak pernah menitis walau setitik.
Mungkin wajar bagi mereka yang dianugerahi nikmat ini mengharap ganjaran yang cukup sempurna.
Namun bagiku ia mengundang ketakutan apabila aku melihat kecuaian dan kegelinciranku.
Sungguh, pada suatu hari aku duduk memerhati. Maka aku melihat di sekelilingku lebih daripada 10,000 manusia. Tidak ada dalam kalangan mereka kecuali telah lembut hatinya atau telah mengalir air mata keinsafan dari matanya.
Maka aku berkata kepada diriku: ‘Bagaimana nasibmu jika mereka selamat sedangkan engkau binasa?’
Maka aku meraung dengan lidah batinku: ‘Ilahi! Wahai Tuhanku! Peliharalah kepercayaan baik mereka terhadapku dengan kemurahan-Mu. Jangan Engkau tunjukkan kepada mereka bahawa Engkau mengazab orang yang membimbing mereka ke jalan-Mu.
Maha Suci Engkau ya Allah! Wahai Tuhanku! Engkau tidak sekali-kali akan mengeruhkan air yang jernih itu...!’”

Subhanallah! Sungguh jauh pandangan beliau jika nak dibandingkan dengan diri saya yang serba kekurangan.
Macam mana nak menyedarkan manusia yang lalai agar insaf dan bertaubat? Macam mana nak ajak manusia yang belum mengenali Islam agar mengenali yang meminatinya? Tepuk dada bukan tanya selera, tanya iman kita... =)
Kalau kita ikut sejarah dakwah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, pendekatkan mereka adalah membacakan ayat-ayat suci al-Quran, baik kepada mereka yang telah memeluk Islam atau yang belum memeluk Islam. Hasilnya, berapa ramai yang tertawan dan akhirnya menerima Islam kerana mukjizat al-Quran, atau sekurang-kurangnya mereka mengaku akan kebenarannya.
Sebagai contoh, kisah Utbah bin Rabi’ah yang cukup masyhur menjadi pengajaran, betapa besarnya mukjizat al-Quran serta keupayaannya menawan hati manusia agar tunduk mengiktiraf kebenaran Islam. Utbah dengan penuh keyakinan datang membawa satu misi yang cukup besar, iaitu mengadakan satu rundingan tawar-menawar bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam bagi pihak pembesar-pembesar Quraisy. Dia menawarkan apa saja yang paling berharga pada pandangannya kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam asalkan baginda berhenti berdakwah, berhenti menyalahkan agama datuk nenek mereka, berhenti merendahkan tuhan-tuhan sembahan mereka.
Apa jawapan Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada Utbah? Baginda membacakan kepadanya beberapa potong ayat al-Quran daripada surah Fussilat ayat 1 hingga 13.
Di situ dia terpana, tidak mampu lagi menadah telinga. Diletakkan tangannya di mulut Nabi sallallahu alaihi wasallam agar berhenti dan dia segera kembali mendapatkan kaumnya dalam keadaan tidak bermaya, tidak bersemangat seperti keadaan ketika datang. Dia berkata:
“Demi Allah! Aku mendengar kata-kata yang aku tidak pernah dengar sepertinya sebelum ini. Demi Allah! Ia bukan syair, bukan sihir dan bukan ramalan tukang telek. Wahai kaum Quraisy! Dengar dan ikutlah kata-kataku ini. Biarkan lelaki itu meneruskan apa yang dilakukannya. Jangan halangi dia…”
Ini merupakan satu lontaran sebagai muhasabah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat pembaca. Kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk berbicara membuka kata, tidak mampu menulis walaupun sebaris cuma. Jadi kenapa kita tidak hadiahkan saja al-Quran kepada mereka? Biar mereka sendiri yang baca, langsung daripada sumbernya. Bukankah al-Quran ini petunjuk kepada seluruh manusia? Bagaimana merka hendak mendapat petunjuk kalau mereka tidak berpeluang membacanya? Dan kitalah orang yang akan membuka peluang itu.
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.”
(Az-Zumar: 27)
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.”
(Ali Imran: 138)

Azam utama saya tahun 2013.. Tambahkan ilmu, perkuatkan hujah, menyampaikan dakwah... =) InsyaAllah....

Tuesday, December 18, 2012

Sandarkan keyakinan pada Allah


Assalammualaikum.. Harini 19.12.12 ialah hari yang mengerunkan untuk batch 97' Ada yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena sebab kerisauan sudah makin memuncak dalam diri. Adik-adik, katsini ada secebis nasihat untuk adik-adik. Moga bermanfaat untuk kita semua lah ya ^^ 

Setelah berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua pekerjaan yang diusahakan, dan apabila berjaya.. Ramai sekali orang menyangka kejayaan yang diperolehi itu adalah semata-mata kerana usaha dirinya sendiri. Memang betul, dan betapa ramai juga yang sudah berusaha bersungguh-sungguh namun natijahnya, dirinya berhadapan dengan kegagalan. Dan mulalah jiwanya berbisik, ALLAh tidak pernah memberi pertolongan.
Aneh. Bila berjaya, ia mengatakan itu kerana hasil usahanya semata-mata. Bila gagal, baru ia ingin merasa akan pertolongan ALLAh. Sedangkan, ALLAh itu ada setiap masa!
Yakin dengan pertolongan Allah swt.


Kuncinya : Mereka yakin dengan pertolongan ALLAH setelah berusaha!
Maka begitulah jua sepatutnya kita pada hari ini. Merasakan bahawa segala usaha dan kesungguhan yang kita lakukan akan mendapat bantuan dan pertolongan dari ALLAH yang Maha Berkuasa. Yakin akan kekuasaan ALLAH. Lantaran itu, harus dididik jiwa ini dengan pengharapan yang sungguh-sungguh pada pertolongan dan bantuan daripadaNya dengan melakukan ibadat dan berdoa sesuai dengan apa yang dipinta.
Berharap kepada ALLAH, Hati Akan Tenang.
Orang-orang yang memiliki keyakinan dengan akan mendapat bimbingan dan kecemerlangan diri dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. InshaALLAH, orang-orang begini ialah seseorang yang tenang dalam langkahnya, tetapi cerdas dan bersemangat kerana segala yang dilakukan itu bersama-sama dengan taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT.
Hanya orang-orang yang sangat yakin dan penuh berharap dengan pertolongan ALLAH yang dapat merasakan bahawa bantuan dan pertolongan daripada ALLAH itu akan memudahkan segala kesulitan mereka. Dalam jiwa mereka, inshaALLAH, ALLAH menguatkan nalurinya bahawa pertolongan ALLAH itu akan tiba dan telah tiba.
Keyakinan itu Adalah Benteng.
Keyakinan yang mantap kepada ALLAH akan menyebabkan anda tidak mudah terpengaruh oleh sebarang kesulitan hidup yang ditakdirkan untuk anda. Anda tidak mudah merasa gusar akan kegagalan, malah kegagalan itu menjadi pendorong semangat kepada anda untuk menikmati kejayaan.
Segala tindakan membuat keputusan juga disertai dengan hati yang tenang dan fikiran yang lapang kerana jiwa dan fikiran anda diberikan ketenangan oleh ALLAH.
Bagaimana nak merasa ketenangan itu?
ALLAH akan memberi ketenangan kepada jiwa anda jika anda seorang yang sentiasa mengingati-NYA dan yakin dengan-NYA. ALLAH suka kepada sesiapa sahaja yang bergantung harap dan bertawakkal kepada-NYA, SETELAH melakukan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh!
Perhatian, pertolongan ALLAH itu, InshaALLAH akan sampai kepada mereka yang diingini-NYA setelah anda berusaha bersungguh-sungguh. Adapun kegagalan anda, itu tidak bermakna pertolongan ALLAH tidak sampai. Tetapi ALLAH sudah tahu apa natijah sebelum dan selepas kejayaanmu. Maka, berdoalah wahai sahabat.


Friday, December 7, 2012

Dugaan Allah yang penuh barakah.


Hidup pasti takkan terasa indahnya jika tidak diuji. Hidup pasti tiada serinya jika tiada dugaan. Namun, sejauh mana kita semua mampu mengharungi ujian dan dugaan dari Allah S.W.T.? Ada antara kita manusia seringkali menyalahkan takdir jika ujian mendatang, tanpa berfikir bahawa ujian dan dugaan dari Allah itu adalah tanda bahawa Allah ingin kita mengingatiNya, bukan lalai terhadapNya. Fitrah manusia, acap kali terlupa. Namun masih juga ada di antara kita mampu menanganinya dan redha dengan ketentuan Allah. Alhamdulillah.

Indahnya bila dugaan Allah menyapa. Sekurangnya kita masih diberi peluang untuk bermuhasabah diri terhadap setiap dugaan dan ujian yang mendatang. Mungkin di suatu sudut, kita acap kali lalai terhadap tanggungjawab kita kepada pencipta. Dengan ujian ini, kita akan berfikir sejenak dari akibat kelalaian kita. Bayangkan saja, jika kita tidak diuji dan kita lalai terhadap tanggungjawab kita pada Maha Pencipta? Pada saat itu juga nyawa kita diambil. Bagaimana keadaan kita nanti? Sudah tentu kita tidak akan mampu berpatah balik untuk mengabdikan diri pada Maha Esa. Hanya tinggal segala amalan dan buku catatan kita ketika kita hidup di dunia.

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. [Surah Al-Baqarah, 155- 156]

Yakin dan percayalah. Tujuan kita hidup di dunia adalah untuk mencari bekalan kehidupan abadi kita nanti. Jika baik amalan kita, maka baiklah kehidupan. Jika tidak, maka balasan yang setimpal akan kita terima. 

Bermacam jenis ujian dan dugaan yang diberikan. Berbeza-beza yang Allah berikan mengikut kemampuan kita sebagai hambaNya untuk menanggungNya. Bersyukurlah jika kita masih Allah ingin berikan ujian. Ada juga Allah memberi ujian berupa kejayaan, kekayaan dan kesenangan hidup. Di sini Allah ingin menguji tahap kesyukuran hambaNya dengan limpahan nikmat yang diberikan. Bersyukurkah hambaNya atau sebalikNya.

Sekecil mana pun nikmat yang telah di berikan Allah kepada Kita.
Bersyukuri dan Berbahagialah.


Allah damaikan hati kita yang keresahan apabila kita bersamaNya. Allah maha mengampunkan segala dosa yang telah kita perbuat apabila kita bertaubat. Allah menjanjikan kita nikmat-nikmat yang tidak terhitung apabila kita bertaqwa. Allah sediakan ganjaran bagi mereka yang sabar. Allah mengaturkan kehidupan kita dengan sempurna dan segala yang ditetapkan adalah untuk kebaikan hambaNya. Ya Allah, terlalu beruntungnya kami.

Apabila dugaan Allah datang, maka bergembiralah. Dengan rasa gembira, kita akan redha dengan ketentuan Allah. Kita tidak akan melenting apabila yang kita hajati tidak dipenuhi. Malah kita tidak sewenangnya menyalahkan takdir. Percayalah, jika Allah tidak memberikan kita sesuatu yang kita mahu, Allah akan memberikan sesuatu yang kita perlu. Bergembiralah dengan rahmat Allah. Barulah kita boleh "Live life the fullest". InsyaAllah.
sumber : cintamissha.blogspot

Tuesday, December 4, 2012

Sifat bangga diri dan sombong.


Maksudnya :  “Dan janganlah engkau memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong), dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri” (Surah Luqman:18)
ULASAN  AYAT:
  1. Sifat angkuh dan sombong telah banyak membinasakan makhluk  Allah s.w.t., bermula daripada peristiwa pengusiran Iblis dari syurga kerana , lantaran niat sombongnya, enggan sujud kepada Nabi Adam a.s tatkala diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk sujud hormat kepadanya.
  2. Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak  mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong menerima kebenaran daripada orang lain" (Kitab Jami'ul Ulum Wal Hikam).
  3. Allah s.w.t juga telah menenggelamkan Fir'aun dan bala tenteranya ke dalam laut kerana kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t. dan juga kepada kaumnya sendiri, dan kerana kesombongannya itulah dia lupa diri dan menyatakan dirinya adalah tuhan yang mesti  disembah dan diagungkan.
  4. Demikian juga Allah s.w.t telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi disebabkan kesombongan dan keangkuhannya terhadap Allah s.w.t  dan juga kepada kaumnya sendiri.
  5. Mengapa manusia dilarang bersikap sombong? Sebabnya ialah manusia adalah makhluk yang lemah. Layakkah makhluk yang lemah itu bermegah-megah dan sombong di hadapan penguasa langit dan bumi? Sayangnya,  realiti  masakini , kita dapati ramai  manusia  yang lupa hakikat dan jati dirinya, sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, memandang rendah orang lain, serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.
  6. Renung-renungkanlah, semoga ia menjadi muhasabah untuk diri kita. WALLAHU’ALAM