"Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." [Al Maidah:56].

Saturday, December 22, 2012

Muhasabah dan azam tahun baru




Asalamualaikum... Hari ni dah masuk  22hb Desember 2012 bersamaan dengan 9 safar tahun 1434 Hijriah... Berlalu la satu tarikh yg menjadi topik bualan hangat samaada di dada2 akhbar, laman muka buka mahupun di twitter yang tarikh tersebut dikaitkan dengan pengakhiran kepada kehidupan di alam semesta ini iaitu Hari Kiamat.. 

            Sebagai umat Islam kita tidak seharusnya mempercayai khabar angin tersebut kerana dikhuatiri boleh terpesong akidah kita. No no no.. Nabi kita pun tidak tahu bila akan berlakunya kiamat inikan pula kita manusia biasa.. =) Oleh itu adalah tugas kita untuk mempersiapkan diri dengan amal ibadah, moga2 diberatkan timbangan amalan kebaikan kita ditimbangan Al-Mizan akhirat kelak.. InsyaAllah..






TERKENANG KEMBALI...

Sedar tak sedar usia dah pun menginjak ke tahun 2013 Masihi. Begitu pantas 2012 menghilangkan diri. Rasa macam baru semalam je ia bertandang. Belum sempat bersila da diminta untuk pergi.. Macam tu la taksirannya. Cepat sungguh rasa masa tu pergi. Begitu cepat tumbesaran diri ini.. tup2, hari ini saya kian dewasa.. Tiada lagi gelak ketawa kanak2 kecil yang bernama saya.. Yang ada hanyalah senyuman mesra menunjukkan sang saya kian dewasa.. =) Berbunga2 ayat.. hehe..
Dalam saya cuba menoleh, melihat kesan-kesan yang sempat ditinggalkan sepanjang tahun yang telah berlalu, tiba-tiba terserempak dengan beberapa ungkapan yang diwariskan oleh Imam Ibn al-Jauziy rahimahullah. Katanya:

“Sesungguhnya telah bertaubat dengan usahaku di majlis-majlis tazkirah lebih daripada 200,000 orang.
Telah memeluk Islam dengan sebab dakwahku lebih daripada 200 orang.
Berapa banyak mata orang yang sombong bongkak mengalirkan air mata dengan mendengar nasihatku, yang sebelumnya tidak pernah menitis walau setitik.
Mungkin wajar bagi mereka yang dianugerahi nikmat ini mengharap ganjaran yang cukup sempurna.
Namun bagiku ia mengundang ketakutan apabila aku melihat kecuaian dan kegelinciranku.
Sungguh, pada suatu hari aku duduk memerhati. Maka aku melihat di sekelilingku lebih daripada 10,000 manusia. Tidak ada dalam kalangan mereka kecuali telah lembut hatinya atau telah mengalir air mata keinsafan dari matanya.
Maka aku berkata kepada diriku: ‘Bagaimana nasibmu jika mereka selamat sedangkan engkau binasa?’
Maka aku meraung dengan lidah batinku: ‘Ilahi! Wahai Tuhanku! Peliharalah kepercayaan baik mereka terhadapku dengan kemurahan-Mu. Jangan Engkau tunjukkan kepada mereka bahawa Engkau mengazab orang yang membimbing mereka ke jalan-Mu.
Maha Suci Engkau ya Allah! Wahai Tuhanku! Engkau tidak sekali-kali akan mengeruhkan air yang jernih itu...!’”

Subhanallah! Sungguh jauh pandangan beliau jika nak dibandingkan dengan diri saya yang serba kekurangan.
Macam mana nak menyedarkan manusia yang lalai agar insaf dan bertaubat? Macam mana nak ajak manusia yang belum mengenali Islam agar mengenali yang meminatinya? Tepuk dada bukan tanya selera, tanya iman kita... =)
Kalau kita ikut sejarah dakwah Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, pendekatkan mereka adalah membacakan ayat-ayat suci al-Quran, baik kepada mereka yang telah memeluk Islam atau yang belum memeluk Islam. Hasilnya, berapa ramai yang tertawan dan akhirnya menerima Islam kerana mukjizat al-Quran, atau sekurang-kurangnya mereka mengaku akan kebenarannya.
Sebagai contoh, kisah Utbah bin Rabi’ah yang cukup masyhur menjadi pengajaran, betapa besarnya mukjizat al-Quran serta keupayaannya menawan hati manusia agar tunduk mengiktiraf kebenaran Islam. Utbah dengan penuh keyakinan datang membawa satu misi yang cukup besar, iaitu mengadakan satu rundingan tawar-menawar bersama Nabi sallallahu alaihi wasallam bagi pihak pembesar-pembesar Quraisy. Dia menawarkan apa saja yang paling berharga pada pandangannya kepada Nabi sallallahu alaihi wasallam asalkan baginda berhenti berdakwah, berhenti menyalahkan agama datuk nenek mereka, berhenti merendahkan tuhan-tuhan sembahan mereka.
Apa jawapan Nabi sallallahu alaihi wasallam kepada Utbah? Baginda membacakan kepadanya beberapa potong ayat al-Quran daripada surah Fussilat ayat 1 hingga 13.
Di situ dia terpana, tidak mampu lagi menadah telinga. Diletakkan tangannya di mulut Nabi sallallahu alaihi wasallam agar berhenti dan dia segera kembali mendapatkan kaumnya dalam keadaan tidak bermaya, tidak bersemangat seperti keadaan ketika datang. Dia berkata:
“Demi Allah! Aku mendengar kata-kata yang aku tidak pernah dengar sepertinya sebelum ini. Demi Allah! Ia bukan syair, bukan sihir dan bukan ramalan tukang telek. Wahai kaum Quraisy! Dengar dan ikutlah kata-kataku ini. Biarkan lelaki itu meneruskan apa yang dilakukannya. Jangan halangi dia…”
Ini merupakan satu lontaran sebagai muhasabah buat diri sendiri dan sahabat-sahabat pembaca. Kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk berbicara membuka kata, tidak mampu menulis walaupun sebaris cuma. Jadi kenapa kita tidak hadiahkan saja al-Quran kepada mereka? Biar mereka sendiri yang baca, langsung daripada sumbernya. Bukankah al-Quran ini petunjuk kepada seluruh manusia? Bagaimana merka hendak mendapat petunjuk kalau mereka tidak berpeluang membacanya? Dan kitalah orang yang akan membuka peluang itu.
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.”
(Az-Zumar: 27)
“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.”
(Ali Imran: 138)

Azam utama saya tahun 2013.. Tambahkan ilmu, perkuatkan hujah, menyampaikan dakwah... =) InsyaAllah....

No comments:

Post a Comment